Keahlian MyPSA
Pelajar Baru
Muat Turun
Forum
Mengenai WA
| Pelancaran Tabung Dana Kebajikan MyPSA-WA (DAKAP) |
|
|
|
Assalamualaikum WBT. & Salam Sejahtera,
Rakan-rakan MyPSA-WA yang dihormati sekalian, Pelaksanaan Tabung DAKAP ini bertujuan untuk mengumpul sejumlah wang hasil sumbangan ikhlas daripada semua pihak dengan harapan dana ini akan membantu rakan-rakan ahli MyPSA-WA kita yang amat-amat memerlukan bantuan yang berbentuk kewangan khususnya. Buat masa ini sumbangan telah/akan disalurkan kepada yang memerlukan berpandukan kepada Pelan Operasi Kebajikan MyPSA-WA (POP) yang telah dilaksanakan oleh Pimpinan MyPSA-WA sesi lalu. Pihak pimpinan MyPSA-WA juga akan mempertimbangkan bentuk dan jumlah bantuan kepada yang memerlukan sekiranya bentuk keperluan bantuan tidak dinyatakan dalam POP dan juga kepada pelajar yang bukan ahli MyPSA-WA. Permulaannya, sejumlah AUD200.00 daripada kewangan MyPSA-WA disalurkan ke Akaun DAKAP. Sehingga hari ini (16 Julai 2010) sejumlah AUD266.40 telah disumbangkan oleh rakan-rakan ke Akaun Tabung DAKAP melalui transaksi ‘online’ dan juga kutipan tunai melalui tabung. Sebahagian sumbangan ikhlas daripada rakan-rakan telah disumbangkan kepada mereka yang memerlukan antaranya yang ahli menyambut kelahiran anak sulung, mengalami kecederaan kemalangan di rumah dan jalanraya, sakit dan sebagainya. Pimpinan MyPSA-WA juga telah menyediakan Tabung DAKAP (tabung fizikal) dan tabung ini akan disediakan ketika program MyPSA-WA berlangsung bagi mengumpul kutipan sumbangan tunai. Bagi memastikan kewangan Tabung DAKAP berjalan dengan amanah dan baik, pimpinan MyPSA-WA bersetuju untuk melantik Pegawai MSDA di Perth (En. Rudy Adrie Hj Idris) dan Ustaz Izuddin (ahli MyPSA-WA) sebagai badan bebas yang akan memantau dan mengambil berat tentang perjalanan kewangan Tabung DAKAP bagi Sesi 2010/2011 dan proses lantikan mereka ini akan dijalankan dengan kadar segera. InsyaAllah, sekiranya Tabung DAKAP ini berjalan dengan baik dan mempunyai kewangan yang kukuh hasil sumbangan ikhlas daripada semua pihak, pimpinan MyPSA-WA juga bercadang untuk memberi kemudahan PINJAMAN KEWANGAN JANGKA PENDEK kepada ahli MyPSA-WA yang memerlukan.
Nama Akaun : Malaysian Postgraduate Students Assoc. WA BSB : 306-065 No. Akaun : 050380-6 Cawangan : BANKWEST Curtin CSC (Sila nyatakan di ruangan ‘Note’ atau ‘Description’ : "TABUNG DAKAP") Pimpinan MyPSA-WA juga mengalukan-alukan rakan-rakan yang masih belum menjadi ahli MyPSA-WA supaya segera mendaftar menjadi ahli agar kelebihan dan kemudahan ini dapat dinikmati dan dikongsi bersama-sama.
|


