|
Program Takbir Hari Raya Anjuran MyPSA-WA |
|
|
|
Assalamualaikum w.b.t,
Dijemput kepada semua warga MyPSA lelaki dan beragama islam untuk mengikuti program berikut:
Nama Program: Takbir Hari Raya
Tarikh: Malam Hari Raya Pertama. Dijangka/tidak rasmi pada hari khamis malam jumaat, 9hb September 2010 (Pengumuman rasmi tarikh program akan dibuat setelah keputusan melihat anak bulan diketahui)
Tempat: Rumah kediaman Pegawai MSD, Perth (En Rudy) di alamat: 6, Ardessie St, Ardross, WA
Aturcara Program:
7.20 mlm- Solat Isyak secara berjamaah
7.40 mlm - Takbir Raya yang dipimpin oleh Ustaz Izzudin (rakaman akan dibuat oleh AJK program)
8.00 mlm - Jamuan ringan (secara potluck)
8.30 mlm - Bersurai
Terima kasih.
Regards,
Nazri,
Biro Kerohanian,
MyPSA-WA Sessi 2010/2011. |
|
|
Ucapan Terima Kasih & Hari Raya |
|
|
|
Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita masih dapat meneruskan ibadah puasa di bulan yang penuh barakah ini. Semoga kita bersama dapat memakmurkan baki Ramadhan yang ada ini.
Mengimbas kembali pergerakan MyPSA-WA dari Mei 2010 hingga September 2010, terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya ialah:
1. Academic Coffee Session Siri 1 2010/2011 2. Royal Rumble Badminton Games 2010 3. Senior vs. Junior F.C. 4. Sesi Bergambar Salam Perantau Aidilfitri di Curtin University, Murdoch University, UWA dan ECU. 5. Program Solat Hajat, bacaan Yasin dan Doa Selamat 6. Taklimat MSD dan Ceramah Persiapan Ramadhan 7. Iftar Anjuran MSD dan Persatuan2 Pelajar Malaysia 8. English Workshop 9. Bengkel Fotografi
Barisan pimpinan MyPSA-WA ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang sentiasa memberi sokongan dalam keberlangsungan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Kami sangat menghargai sokongan kalian. Terima kasih daun keladi...
MyPSA-WA juga telah mengambil inisiatif melancarkan Tabung Dana Kebajikan MyPSA-WA (Tabung DAKAP) pada 19 Jun 2010 yang lalu. Diharapkan kutipan dari Tabung DAKAP ini nanti dapat memberi manfaat kepada semua ahli terutama dalam pengurusan Pelan Operasi (POP) Kebajikan MyPSA-WA. Alhamdulillah, sehingga kini ramai ahli yang telah menyumbangkan kepada Tabung DAKAP ini. Sekali lagi, barisan pimpinan MyPSA-WA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua...
Insya Allah, banyak lagi aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. Antaranya Takbir Raya, Majlis Sambutan Aidilfitri, Pertandingan Bowling, Academic Coffee Session Siri 2 & 3, dan beberapa lagi aktiviti yang telah dan akan direncanakan. Dalam menjayakan semua aktiviti ini, kami amat mengharapkan sokongan yang jitu daripada semua ahli. Ayuh, sama–sama kita menyokong keberlangsungan MyPSA-WA.
Dengan kehadiran Syawal yang mulia tidak berapa lama lagi, barisan pimpinan MyPSA-WA 2010/2011 ingin memohon ampun dan maaf sekiranya secara langsung atau tidak telah menyinggung perasaan dan hati semua. Semoga kita semua akan terus dilindungi dan dirahmati Allah S.W.T. sepanjang masa. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
“Bersama-sama Kita Kukuhkan MyPSA-WA”
Daripada,
Saf Pimpinan MyPSA-Wa 2010/2011
Layari laman web http://www.mypsa-wa.org
|
|
Keputusan Pertandingan Fotografi MyPSA-WA (Bengkel Fotografi) |
|
|
|
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
MyPSA-WA buat julung-julung kalinya mengadakan Bengkel Fotografi peringkat asas bagi mereka yang berminat untuk mendalami bidang fotografi. Penyertaan yang diterima amatlah memberangsangkan. Sejumlah 33 peserta telah menghadiri Bengkel yang diadakan di Brodie Hall, Curtin University pada 4 September 2010. Bengkel yang berlanjutan selama hampir 4 jam telah membantu menambah pengetahuan peserta tentang terma-terma asas dalam fotografi, memberi pendedahan terhadap peserta tentang teknik fotografi yang betul serta teknik-teknik mengedit gambar. Walaupun terdapat komen daripada para peserta tentang masa yang amat singkat berikutan dengan penjelasan topik-topik yang menarik serta kelas yang kecil, secara keseluruhannya, kesemua peserta amat berpuas hati dengan perjalanan bengkel dan mengharapkan agar bengkel sebegini dapat diteruskan.
Berikutan itu, pihak MyPSA-WA ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada kedua-dua tenaga pengajar iaitu Saudara Azham dan Saudara Zaidi (D'Shooter) yang sudi meluangkan masa berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan peserta-peserta bengkel. Terima kasih juga diucapkan kepada semua peserta yang telah menghadiri bengkel ini. Insya Allah, pihak MyPSA-WA akan mengadakan bengkel lanjutan fotografi serta bengkel-bengkel lain yang bermanfaat untuk ahli MyPSA-WA di masa akan datang.
Berikut merupakan pemenang bagi pertandingan fotografi yang telah dijalankan:
Kategori Kamera Kompak (Compact Camera) Pemenang : Mohd Hamizar Hamid 
Kategori DSLR Pemenang : Mohd Nazli Mohd Nor
Ke Pautan Semua Gambar Penyertaan Sekian. Terima kasih. “Bersama-sama Kita Kukuhkan MyPSA-WA” |
|
|
Tabung Amanah Zakat (TAZ) MSDA |
|
|
|
Assalamualaikum W. B. T. & Salam Sejahtera,
Untuk makluman semua, dalam usaha menguruskan kutipan zakat pelajar dan pegawai Malaysia secara khususnya, dan masyarakat Islam Australia secara amnya, MSDA Sydney telah menubuhkan Tabung Amanah Zakat (TAZ) pada 2009. Maklumat lanjut mengenai TAZ boleh rujuk 'Perlembagaan TAZ' dan juga 'Minit Mesyuarat TAZ' seperti yang dilampirkan.
Oleh itu, Insya Allah pada tahun ini TAZ akan menjalankan kutipan Zakat Fitrah di Western Australia. En. Rudy Adrie Hj. Idris, Pegawai MSDA Perth telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Western Australia. Empat orang Amil telah dipersetujui dilantik oleh Ahli Lembaga Pengarah TAZ bagi tujuan kutipan zakat bagi ahli MyPSA-WA dan MA-WAR. Amil-amil yang dilantik ini hanya bertanggungjawab untuk membuat kutipan zakat sahaja. Sebarang urusan pengagihan wang zakat adalah tanggungjawab kesemua Ahli lembaga Pengarah TAZ.
Ahli MyPSA-WA dan MA-WAR boleh membayar Zakat Fitrah AUD10 seorang pada tahun ini melalui (bermula hari Jumaat ini):
1. Muhammad Izzuddin Mohamad Adi - 0430758180 (1/10, Cooper Street, Nedlands)
2. Dr. Isharudin Md. Isa - 0430158824 (237, Cambridge Street, Wembley)
3. Ahmad Hisham Zainal Abidin - 0421017080 (8, Iandra Loop, Willetton WA 6155)
4. Mohd Hamizar Hamid- 0423867155 (17A, Highbury Crescent, Beckenham)
Untuk maklumat lanjut mengenai masa yang sesuai untuk membuat pembayaran, mohon rujuk kepada lampiran 'Maklumat Amil'. Sebarang pertanyaan mengenai kutipan ini boleh rujuk kepada saya atau kepada amil-amil yang dilantik. Terima kasih. Lampiran: 1. Perlembagaan TAZ 2. Minit Mesyuarat Pertama TAZ 3. Maklumat Amil 4. Lafaz Ijab Zakat Fitrah “Bersama-sama Kita Kukuhkan MyPSA-WA” Sharunizam Shari MyPSA-WA 2010/2011 0433 636 183
http://www.mypsa-wa.org |
|
Bengkel Fotografi |
|
|
|
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
“Shutter, Aperture, Composition… (?_?)“ Dengan sukacitanya, MyPSA-WA membawakan berita baik untuk mereka yang berhajat untuk mendalami asas-asas fotografi.
*Penyertaan terhad kepada 30 orang sahaja. Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran fotografi anda!! |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
|
Page 1 of 2 |